Search

[Berdiam Diri]

Kita yang berdiam diri t...

  • Share this:

[Berdiam Diri]

Kita yang berdiam diri tatkala keganasan berlaku ke atas penganut agama lain tiada bezanya dengan pengganas yang melakukannya.

Ketika Taliban cuba membunuh seorang gadis remaja Pakistan berusia 14 tahun, Facebook sepi dari status kita mengutuk kekejaman ini. Jauh berbeza ketika filem Innocence of Muslim. Oh, ada yang mungkin berkata dua kes berbeza kerana filem tu hina Nabi Muhammad s.a.w manakala ini kes remaja Islam.

Fikir sejenak, penerbit filem itu memiliki motif menghina Islam melalui karya murahannya manakala Taliban juga menghina Islam tanpa kita sedari dengan keganasan yang dilakukan mereka. A life is a life,

"Jikalau kamu membunuh satu jiwa tanpa sebab (hudud,Qisas) adalah seolah-olah kamu membunuh semua manusia"
[Al-Maidah 5:32]

Bila Muslim ditindas dan dibunuh kita protes dan berdemonstrasi tetapi kenapa masyarakat Belum Islam diperlakukan lebih teruk kita berdiam diri? Jangan double standard.

Those who are silent are as guilty as the person who commit the act.

{[:-3=


Tags:

About author
not provided
"And those who strive in Our (cause),- We will certainly guide them to our Paths: For verily Allah i
View all posts